BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 4, 2010

Selamat Menjawab soalan PMR kepada adik2 yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah pada esok hari 5.10.2010 (Selasa) bersamaan dengan 26 Syawal 1431 Hijrah . Kami mendoakan agar beroleh kejayaan buat semua calon yang bakal memerah akal sepanjang menjalani peperiksaan esok dan hari-hari berikutnya.......

Sunday, September 19, 2010

Senyuman Rasulullah Banyak Bantu Misi Dakwah

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.



Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,


“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,


“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,


“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:


“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:


“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"

Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:


“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

Saturday, May 8, 2010

Saidatina Khadijah sumber kekuatan Rasulullah

ISTERI Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah.
Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.
Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.
Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya:  
“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan... daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.
Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya.
Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang kehidupan mereka.
Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.
Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.
Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.
Firman Allah bermaksud: 
Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)
Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.
Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.
Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.







Tuesday, May 4, 2010

SELAMAT MAJU JAYA WAKIL NISA' PERAK

Tahniah diucapkan kepada wakil solo nisa' perak yang kebetulannya adalah peserta dari Nisa' Ipoh Timur yang telah menjuarai kategori solo dalam pertandingan PERSONA di peringkat negeri yang lalu...

Tidak dilupakan juga peserta berkumpulan yang telah dimenangi oleh kumpulan dari Nisa' Bagan Datoh. Walaupun saingan agak sengit di peringkat negeri, tambahan pula dengan ramainya peserta yang diwakili dari setiap kawasan dan vokal peserta-peserta kumpulan yang bertanding agak mencabar tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirancang.... apa pun selamat berjuang di peringkat Nisa' Malaysia dan kami doakan semoga berjaya....

Monday, May 3, 2010

PENGHARGAAN BUAT PENAJA PERSONA IPOH TIMUR 2010


menjual barangan kesihatan / farmasi

nasi ayam periuk besar

Kedai Perabut Hiasan Intan Patel Sdn Bhd


Klinik Taqwa Dr Hj Khairuddin


Alyrra Kyrana Collection


Syarikat Hadharah Enterprise

dan tidak dilupakan ......

Kedai Runcit Bee Hong


Thursday, March 18, 2010

Sekitar Hari Bertemu Kekasih dan... PERSONA IT

Sekitar NISA' Permata Hati

Tuesday, March 9, 2010

PERSONA IT

PERTANDINGAN SUARA NISA' (PERSONA IT)

TARIKH : 13 MAC 2010

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG TEMIANG, IPOH

MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI

ANJURAN : NISA' IPOH TIMUR

KOMPONEN PROGRAM : TERBAHAGI KEPADA 3 KOMPONEN PROGRAM:-

- TERBAHAGI KEPADA 2 KATEGORI : i) NYANYIAN SOLO
                                                                   ii) NYANYIAN BERKUMPULAN (maksimum 5 orang)

- KEDUA-DUA KATEGORI INI AKAN DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT KAWASAN DAN NEGERI MASING-MASING. PEMENANG SETIAP NEGERI AKAN BETYANDING DI PERINGKAT AKHIR DALAM KONSERT AURA UNGU 2010 (KAU '10) INI.

SASARAN :

- PERTANDINGAN NYANYIAN :  TERBUKA HANYA UNTUK WANITA SAHAJA BERUMUR 17 HINGGA 40 TAHUN

- AUDIENS : PESERTA DAN ORANG AWAM ( TERBUKA HANYA UNTUK WANITA SAHAJA)

 UNTUK PENYERTAAN, SILA HUBUNGI :

PENGARAH : 0134517485      atau        SETIAUSAHA : 0134517486

Friday, February 26, 2010

Solat Dhuha + Sambutan Maulidurrasul 1431H



SOLAT SUNAT DHUHA BERJEMAAH


- CERAMAH , TAYANGAN VIDEO “MEMPERINGATI KEKASIH”


- 28.02.2010, 8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI


- SURAU FLAT SRI CONNOLY,PASIR PUTEH, IPOH

- SEMUA WANITA DIJEMPUT HADIR !!







Sunday, January 17, 2010

Moh ramai2 ke....NISA' PERMATA HATI



TENTATIF


8.30 – 9.00 pg : Pendaftaran

9.00 – 9.10 pg : Ucapan Pengarah Program


9.10 – 9.30 pg : Ucapan Perasmi Program (Ket.DMPK)


9.30 – 10.20 pg : Talk ‘Apa Itu Nisa’ & Slide Show


10.20 – 10.30 pg : Sesi Soal Jawab


10.30 – 10.40 pg : Cabutan Bertuah –Sesi Pertama (10 cabutan)


10.40 – 10.50 pg : Kudapan


10.50 – 11.20 pg : Teen Cirle " Tasbih Cinta"


11.20 – 11.30 pg : Cabutan bertuah – Sesi Kedua (10 cabutan)


11.30 – 12.00 tghari : Permainan


12.00 tghari : Penyampaian Hadiah

12.10 tghari : Bersurai...